..۞۞۞۞۞۞ Saya terjumpa satu tips menghafal muka surat Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini saya kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard saja. Contoh 1 Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan? Contoh 2 Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182 Contoh 3 Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442 Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran, bukan masuk Bintang Kecil, bukan bercita-cita masuk Akademi Fantasia atau Mentor! ..۞۞۞۞۞۞
-:resTrict tO muSLim onLy:-
Friday, January 21, 2011
Tips Ingat Juzu’ Al-Quran yang Menakjubkan
Posted by NURULROSLI at 6:50 PM 0 comments
Wednesday, January 19, 2011
♥-haKikaT perNikaHan-♥
(`'·.¸ (`'·.¸*¤* ¸.·'´) ¸.·'´) - Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup . - Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut . - Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak . - Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya . - Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI. - Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika... servis di kamar tidur tidak memuaskan . - Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH
♥*** HaKiKaT seBuah PerniKahaN ***♥
(¸.·'´ (¸.·'´*¤* `'·.¸) `'·.¸)
Posted by NURULROSLI at 7:14 PM 0 comments
Friday, November 26, 2010
10 soaLan sebeLum meMinanG..
Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, ‘dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin’. Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa. Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’, bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait yang kini aktif mengadakan program-program berbentuk bimbingan kekeluargaan, berdasarkan pengalaman dan pengamatannya ketika mengendalikan kes-kes berkaitan dengan masalah rumahtangga menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin. Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chating dan sebagainya. Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka. Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya. Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan. Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan. Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil. Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia. 10 soalan itu adalah: 1. Apakah wawasan hidupnya? Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda. Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan. 2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan? Kefahaman serta tasawur yang jelas mengenai perkahwinan amat penting. Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan. 3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya? Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa. Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan. 4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan? Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang. 5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan? Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan. Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan. 6. Adakah dia seorang yang suka bergaul? Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi. Orang macam mana yang anda cari? 7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya? Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih. Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang. 8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya? Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini. 9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan? Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri. Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil. Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman. 10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka? Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri. Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan. Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya. Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga? Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar. Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.
Posted by NURULROSLI at 4:41 AM 0 comments
Thursday, November 18, 2010
sHowinG soMe L♥vE

♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫
......۞۞۞۞۞.........
....۞۞۞۞۞۞..........
..۞۞۞۞۞۞۞۞..........
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞....۞۞۞۞۞۞
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞.۞۞۞۞۞۞۞۞
..۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
....۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
........۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
..............۞۞۞۞۞۞
....................
....................
....................
....................
....................
....................
....................
....................
....................
..................۞
.............۞
.........۞
......۞
....۞
......۞.............
..........۞.........
..............۞.....
...................۞
................۞...
..............۞.....
.............۞
...........۞
..........۞
.........۞
.........۞
..........۞
..............۞
Posted by NURULROSLI at 7:12 AM 0 comments
Tuesday, August 24, 2010
Pagar diri dari ilmu hitam dan sihir
TV kita sekarang ni, semakin banyak cerita-cerita mistik dan seram terutama malam Jumaat. Pernah berbual dengan seorang ustaz pasal ni , ustaz tersebut kata memang kita tidak boleh menafikan kewujudan benda ghaib ni tapi jangan terlalu taksub sehingga menjadi syirik kerana lebih takut kepada benda halus dari kekuasaan Allah dan iblis sentiasa menggoda manusia sehingga ke Hari Kiamat . Oleh kerana dendam, nafsu dan perasaan hasad dengki, manusia sanggup bersengkokol dengan syaitan untuk mengenakan manusia lain. Kita pun kena perlu sentiasa berhati-hati dalam tingkah laku dan perkataan supaya tidak menyakiti orang lain.
Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
Pagar Pertama (1) – Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: “Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”.(Riwayat al Bukhari.)
Pagar Kedua (2) – Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.’(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)
Pagar Ketiga (3) – Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: ‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).
Pagar Keempat (4) – Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya”(Riwayat al Bukhari dan Muslim).
Pagar Kelima (5) – Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku
seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan
syaitan”.
Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.
Pagar Keenam (6) – Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
“Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.”(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).
Pagar Ketujuh (7) – Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: “Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam pelihareaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: “Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu.”(Riwayat al Bukhari)
Posted by NURULROSLI at 2:38 AM 0 comments
10 Strategi Syaitan Membuka Aurat Wanita
Strategi Pertama – Menghilangkan hijab(penutup)
Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.
Strategi Kedua – Membuka bahagian tangan
Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata {tak mengapa jika memakai baju lengan pendek….kamu masih pakai tudung..}. Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi {tidak mengapa kan..?}
Strategi Ketiga – Membuka leher dan dada
Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik {tak mengapa kan membuka lengan…sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bagian dada..baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas…orang pasti berkata biasa saja…} Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.
Strategi Keempat – Berpakaian tetapi bertelanjang
Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik {baju kamu itu dah biasa …dah ramai orang yg pakai…sekarang ini ada fesyen baru lagi…baju ini tipis dan ketat saja..boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu..tidak apa-apa, sebab potongan baju ini masih panjang…} Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang)
Strategi Kelima – Membuka sedikit
Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik {susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini…bergerak pun terasa terbatasi…apa kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut…nanti lebih senang kamu untuk duduk..tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa…} Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dlm bergerak
Strategi Keenam – Membuka telapak kaki dan tumit
Syaitan berbisik lagi {sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian ini…kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut…kamu potong aja lagi hingga diatas tumit…kamu pendekan kain ini sehingga atas tumit akan memudahkan km berjalan..} Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.
Strategi Ketujuh – Membuka separuh betis
Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi {fesyen kamu ni masih biasa saja…orang macam tak kisahkan…apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol..di pasaran banyak kain skirt..tak perlu beli yang sangat pendek …yang separuh betis saja..} Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.
Strategi Kelapan – Membuka seluruh betis
Wanita ada terfikir { Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu ? } Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata {AH!! tidak…sekarang zaman dah berubah..dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka… yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tp terbuka sedikit…di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis….kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman..} Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.
Strategi Kesembilan – Serba mini
Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut {pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja..kamu perlu pakai skirt mini…kamu akan nampak lebih seksi dan menawan..} Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.
Strategi Kesepuluh – Hampir semua terbuka
Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik {pakailah kamu bikini..semua di sana pakai baju itu…kamu tak perlu malu ..} Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.
Posted by NURULROSLI at 2:34 AM 0 comments
Saturday, August 7, 2010
meNganTuk sudah...OpssSs..sbLom itU..
PESAN NABI SEBELUM TIDUR..
Sekadar ingat mengingati.. ...
SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur ( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrahmaan irrahiim,
Qulhuallahu ahad' Allahushomad' lam yalid walam yuulad' walam
yaqullahuu qufuwan ahad' ( 3 x )
Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allahhumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.
Astaghfirullah al adziim alladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )
Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid , bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi
walaailaaha
illallahu allahu akbar(3 x )
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Posted by NURULROSLI at 6:39 PM 0 comments






