BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »



SALAM..

"untuk pengetahuan bersama kebanyakan artikal di dalam blog nuruliscahaya ini diambil dari koleksi artikal yang dibaca dari internet...sekiranya terdapat percanggahan pendapat atau kesilapan sejuta kemaafan dipohon dengan harapan segala khilaf dapat diperbetulkan.."

.:caHaya:.


inSYa-ALLaH

-:resTrict tO muSLim onLy:-

Monday, October 31, 2011

♥***hE maKes mE prOud wiTh hiM***♥

"Alhamdulillah....akhirnya perintah penerimaan masuk & pendaftaraian peguambela dan peguamcara yang selama ini diimpikan telah diperolehi pada 28/10/2011...

Terima kasih kepada mak abah di atas segala penat lelah mendidik dan membentuk menjadi seorang insan...juga kepada seluruh keluarga yang menyokong saya selama ini....

Kepada semua guru & pensyarah yang tidak jemu erti susah payah memberi ilmu sehingga diri ini dapat mengecapi impian yang telah dipendam sejak kecil...

Kepada semua kawan-kawan, terima kasih menjadi sahabat tika suka & duka...terutama kepada Partners dalam KMP, Insya-Allah KMP akan direalisasikan dan saya memohon sokongan daripada kamu semua...dan juga kepada rakan-rakan yang hadir pada majlis tersebut,saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga...

Seterusnya diri ini amat rendah diri menyatakan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Encik R.V.Lingam yang sudi menerima sebagai "anak didik" di firma beliau...sokongan daripada rakan-rakan sekerja di Tetuan R.V.Lingam & Co yang padu memang memberikan semangat yang membara kepada diri ini untuk menjadi seorang peguam..

Jutaan terima kasih juga kepada insan yang selama ini berdiri di samping saya sebagai teman hidup, yang memberikan kebahagiaan, yang sanggup berkongsi suka duka, yang merupakan segala-gala bagi diri ini..saya yakin maksud nama Cahaya Kemuliaan itu memang cukup indah untuk saya junjung sebagai kekasih hati dalam hidup ini...

Ini merupakan suatu langkah permulaan dalam kareer saya..dengan segala sokongan daripada anda semua,Insya-Allah, 100 tahun lagi, saya tetap akan berdiri sebagai seorang Pengamal Undang-Undang.....dan ini lah yang saya akan turunkan kepada anak cucu saya nanti...............Sekian~~~~"

♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫
^^, >_<
♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫