"Alhamdulillah....akhirnya perintah penerimaan masuk & pendaftaraian peguambela dan peguamcara yang selama ini diimpikan telah diperolehi pada 28/10/2011...
Terima kasih kepada mak abah di atas segala penat lelah mendidik dan membentuk menjadi seorang insan...juga kepada seluruh keluarga yang menyokong saya selama ini....
Kepada semua guru & pensyarah yang tidak jemu erti susah payah memberi ilmu sehingga diri ini dapat mengecapi impian yang telah dipendam sejak kecil...
Kepada semua kawan-kawan, terima kasih menjadi sahabat tika suka & duka...terutama kepada Partners dalam KMP, Insya-Allah KMP akan direalisasikan dan saya memohon sokongan daripada kamu semua...dan juga kepada rakan-rakan yang hadir pada majlis tersebut,saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga...
Seterusnya diri ini amat rendah diri menyatakan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Encik R.V.Lingam yang sudi menerima sebagai "anak didik" di firma beliau...sokongan daripada rakan-rakan sekerja di Tetuan R.V.Lingam & Co yang padu memang memberikan semangat yang membara kepada diri ini untuk menjadi seorang peguam..
Jutaan terima kasih juga kepada insan yang selama ini berdiri di samping saya sebagai teman hidup, yang memberikan kebahagiaan, yang sanggup berkongsi suka duka, yang merupakan segala-gala bagi diri ini..saya yakin maksud nama Cahaya Kemuliaan itu memang cukup indah untuk saya junjung sebagai kekasih hati dalam hidup ini...
Ini merupakan suatu langkah permulaan dalam kareer saya..dengan segala sokongan daripada anda semua,Insya-Allah, 100 tahun lagi, saya tetap akan berdiri sebagai seorang Pengamal Undang-Undang.....dan ini lah yang saya akan turunkan kepada anak cucu saya nanti...............Sekian
-:resTrict tO muSLim onLy:-
Monday, October 31, 2011
♥***hE maKes mE prOud wiTh hiM***♥
Posted by NURULROSLI at 7:12 AM 0 comments
Tuesday, May 17, 2011
aDa aPa deNgaN caNtiK....
ada apa dengan kecantikan?perlu ke kecantikan dlm setiap hidup manusia yg bergelar "perempuan" dan "wanita"....meskipun jarang meluangkan masa menulis entri sebegini namun tergerak hati ini ingin bertanya soalan ini kepada umum...jika di tanya pasti semuanya akan mengeluarkan comment standard "kesantikan itu subjektif"...namun bagaimana bagi mereka yang benar2 menaggap kecantikan itu sebgai sesuatu yang spesifik....tidak ditujukan entri ini kepada sesiapa atau sebagai agen untuk melepaskan geram..cuma sekadar ingin berkongsi pendapat...
Posted by NURULROSLI at 5:21 AM 0 comments
Friday, January 21, 2011
Tips Ingat Juzu’ Al-Quran yang Menakjubkan
..۞۞۞۞۞۞ Saya terjumpa satu tips menghafal muka surat Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini saya kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard saja. Contoh 1 Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan? Contoh 2 Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182 Contoh 3 Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442 Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran, bukan masuk Bintang Kecil, bukan bercita-cita masuk Akademi Fantasia atau Mentor! ..۞۞۞۞۞۞
Posted by NURULROSLI at 6:50 PM 0 comments
Wednesday, January 19, 2011
♥-haKikaT perNikaHan-♥
(`'·.¸ (`'·.¸*¤* ¸.·'´) ¸.·'´) - Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup . - Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut . - Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak . - Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya . - Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI. - Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika... servis di kamar tidur tidak memuaskan . - Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH
♥*** HaKiKaT seBuah PerniKahaN ***♥
(¸.·'´ (¸.·'´*¤* `'·.¸) `'·.¸)
Posted by NURULROSLI at 7:14 PM 0 comments